Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 3, 2009

Salam semua. Aku sudah kembali. Hari ni boss agak sibuk, jadi sementara menunggu di ofis dan siap mencuci kereta, di pantri inilah aku duduk berehat dan menanti arahan selanjutnya.

Teringat kata kata boss semalam "Adi, kau tau tak, sepuloh tahun dulu, cakap aku ni orang sukar nak percaya dan mereka buat endah tak endah, tapi bila aku dah sampai tahap sebegini, ramai yang sangup bayar untuk suruh aku bercakap pasal cara cara macam mana aku mencapai kejayaan, begitulah manusia, bila susah kita cakap betul pun mereka tak mahu percaya, tapi bila dah kaya raya ( tapi boss masih menganggap dia belum kaya lagi), mereka percaya bulat bulat apa yang orang kaya itu cakap, walaupun bukan semua betul"

aku rasa memang betul cakap boss. Cuma beberapa hari ini, aku lihat boss agak serious dan kurang jenaka beliau semasa di dalam kereta, mungkin banyak berfikir. Aku doakan boss sentiasa tenang dan mencapai kejayaan dalam kerjaya beliau, sebab kalau beliau tak berjaya, siapa nak bayar gaji aku nanti.ha ha..

Wednesday, October 21, 2009

Boss saya

Saya baru mendapat tahu bahawa boss saya juga adala seorang pengikut setia blog Encik Mazidul Akmal Sidik. Nama beliau juga sering terpapar di ruangan komen pembaca. Tapi biarlah rahsia kerana beliau tidak membenarkan saya memberitahu sesiapa. Mungin anda boleh kenal siapa dia itu.

Berebut nak bayar tol

Pagi tadi semasa menghantar isteri boss, di sebuah plaza tol, oleh kerana kad bayaran tol Smarttag sudah rosak dan menunggu gantian yang baru, aku melalui lorong tunai. Dengan kelajuan biasa, tiba tiba apabila hambir dengan pondok tol, sebuah kereta 'Nissan Sentra' memotong dan terus berhenti di pondok tol.

Entah apa yang hendak di kejarkan, mungkin sakit perut atau ada sesuatu yang memerlukan beliau bergerak pantas.

Tapi kalau iye pun, apa salahnya bersopan di jalan raya. Katakan berlaku kemalangan, bukan setakat masa terbuang, mungkin terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tidak sepetutnya pada hari tersebut.

Biar lambat asal selamat, memandu laju punca kemalangan dan kematian.

Friday, October 9, 2009

masuk terowong nyalakan lampu kereta

Pagi tadi aku menghantar bos ke sebuah lokasi di Kuala Lumpur dan untuk ke tempat itu melalui jalan yang ada sebuah terowong yang agak panjang. Apa yang aku lihat ialah hampir ke semua pengguna terowong tidak mematuhi undang undang melalui terowong, iaitu menyalakan lampu sebagai asa keselamatan. JKJR aku dengar bebelanja berjuta juta ringgit malaysia yang di peruntukkan oleh kerajaan Malaysia.

Adakah mereka tidak pernah mengajar atau mendidik pemandu pemandu muda dan tidak berpengalaman ini tentang isu keselamatan semasa di dalam terowong.

Adakah mereka cuma mengambil berat tentang talipinggang keledar kerusi belakang dan topi keledar sahaja.

Orang JKJR terutama benggali singh tu kena jawab,

Thursday, October 8, 2009

Kawan lama tak jumpa

Hari ni bos ada mesyuarat di Serdang. Selepas menghantar bos aku terus ke kedai mamak berhampiran untuk bersarapan pagi. Teh tarik dan roti canai kosong sudah cukup. Datang seorang lelaki yang agak berumur menegur dan bersalaman sambil menyebut nama aku. Alamak aku dah terlupa nama beliau. Lelaki itu terus cakap yang aku ni belum tua dah pelupa tapi terus memberitahu namanya. Aku terlupa betul sebab sudah lebih sepuloh tahun tidak pernah berjumpa. Setelah habis minum beliau minta diri untuk ke pejabat yang dekat dengan kedai mamak kami minum pagi. Pelupa kah saya ini? Orang kata kena banyak makan buah kismis untuk tidak jadi pelupa. Aku terus ke kedai runcit di sebelah dan membeli beberapa kotak kismis untuk dimakan setiap hari.

Tuesday, October 6, 2009

Cara memandu yang bahaya

Semalam waktu balik dari KLIA jemput bos aku, dia suruh aku pandu slow slow. ramai yang memotong tapi menghimpit. kenapa mereka ni macam tak faham cara pemanduan di jalanraya. kenapa harus menghimpit orang lain semasa memotong. tak nampak kah kereta yang aku sedang pandu, kecil sangat kah kereta Mercedes Benz S320 itu?